HIBURAN
"Penceraian Atas Persetujuan Bersama & Demi Kebaikan Masing-Masing" - Sam Bunkface Mohon Maaf Kerana Merahsiakan Penceraian
Penyanyi Sam Bunkface menyatakan penceraian dengan penerbit rancangan Aida Azira Hussin dibuat atas persetujuan bersama serta demi kebaikan masing-masing.
Menurut Sam dia bertindak merahsiakan berita ini selama beberapa bulan kerana ingin menjaga privasi keluarganya serta perasaan kedua-dua belah pihak keluarga.
"Salam, saya di sini Sam ingin mengesahkan bahawa pada Januari lepas Sam dan Aida telah memfailkan penceraian perkahwinan kami di hadapan hakim Mahkamah Syariah.
"Perkahwinan kami yang bertahan selama 4 tahun diakhiri dengan persetujuan bersama dan demi kebaikan diri masing-masing.
"Sam ingin meminta maaf kerana menyimpan berita ini selama beberapa bulan, ini adalah kerana Sam amat menjaga privasi keluarga Sam, dan juga demi perasaan kedua dua belah pihak keluarga Sam dan keluarga Aida," tulisnya.
Pengakuan itu dibuat menerusi akaun Instagram (IG) miliknya semalam.
Tambah Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom memohon agar semua pihak mendoakan dirinya tabah meneruskan kehidupan.
"Walaupun kini kami tidak lagi tinggal bersama, tetapi hubungan Sam dan bekas isteri masih lagi baik dan kami berhubung bagi urusan menjaga Maleeq.
"Sam ingin berterima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan kepada kami, terutamanya yang sentiasa menyokong karier kami di dalam industri ini.
"Doakan Sam untuk tabah meneruskan perjalanan di bumi Allah ini. Assalamualaikum," tulisnya lagi.
Terdahulu, Aida menerusi Harian Metro mendedahkan sudah bercerai dengan Sam pada hujung Januari lalu.
Sam dan Aida mendirikan rumah tangga pada 25 April 2015.
Pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Maleeq yang kini berusia dua tahun.
Must-Watch Video