HIBURAN
“Perlahan-Lahan, Kalau Betul Berubah Pakai Tudung For Good Sis Comfirm…” – Beby Maembong
Mermaid Malaysia yang juga merupakan kakak pelakon Emma Maembong, Beby mendapat perhatian netizen selepas berkongsi fotonya memakai hijab baru-baru ini.
Foto tersebut diambil selepas Beby menemani ibunya menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital.
Menerusi akaun Instagramnya, Beby bagaimanapun mengharapkan netizen tidak sewenang-wenangnya menilai imej atau cubaannya mengenakan hijab.
Enggan hipokrit, Beby memberitahu mempunyai niat untuk berubah namun secara perlahan-lahan dan bukan kerana fesyen.
“[MY WONDER MAMA] My mama @janet_isa bila jalan orang ingat adik-beradik hehehe. Cerita pagi tadi teman mama dan @shikin_maembong pergi checkup dekat hospital.
“Iols bertudung jangan kecam... Perlahan-lahan sis berubah. Kalau sis betul berubah pakai tudung for good... Sis confirm akan buang semua jeans. Bukan hanya bertudung sbb fashion, sayang semua,” tulisnya.

Terdahulu, Beby pernah menjadi viral kerana berpenampilan seperti duyung dengan memiliki pinggang bersaiz 23 inci dan berambut merah
Foto: Instagram @beby_maembong