gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Didakwa Guna ‘Glove’ Sama Tarik Karpet Merah & Hantar Piza, Jofliam Tampil Beri Penjelasan - “Sarung Tangan Berbeza, Banyak Saya Tukar…”
HIBURAN
Mickey, Ariel & Team Spidey Bakal Gegarkan Resorts World Genting dalam Disney Jr. Live On Tour: Let’s Play!
GAYA HIDUP
Level Up Kopi Korang! Luckin Coffee & Honor of Kings Cipta Dunia Fantasi Realiti
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Pertama Kali Nak Cuba” - Mawar Rashid Mahu Berhijab Di Bulan Ramadan

gempak
Azwa Rahman
23/04/2020
10:11 MYT
Sponsor Banner
“Pertama Kali Nak Cuba” - Mawar Rashid Mahu Berhijab Di Bulan Ramadan
Pelakon Mawar Rashid mahu cuba mengenakan hijab buat pertama kalinya dalam bulan Ramadan yang akan bermula esok.
Menerusi laman sosial Instagram, Mawar berkongsi berita baik itu untuk tatapan umum.
“Rasa macam nak cuba pakai tudunglah untuk bulan Ramadan tahun ni. First time nak cuba ni.
View this post on Instagram
Morning all. Rasa macam nak cuba pakai tudung lah untuk bulan Ramadhan tahun ni.. first time nk mencoba ni.. ? . . Besok pun dah nak masuk bulan Ramadhan.. dah nak puasa dah kiteee ? selamat menunaikan ibadah puasa semua! . . Kat rumah ni kekurangan tudung, boleh tak korang tag kedai tudung yang lawa2 and kedai baju yang stylo2 untuk hijabista gituww ? . . Support sikittt! Comment “You can do it Mekwa!” ? . . @mawarosehq @makeupbymawarashid #Ramadhan2020 #MekwaHR2020 #mawarosecosmetic #mawarrashid #mawariansofficial
A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on Apr 22, 2020 at 6:24pm PDT
“Esok pun nak masuk bulan Ramadan, dah nak puasa dah kita. Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua,” tulis Mawar di ruangan kapsyen.
Menerusi foto tersebut, Mawar tampil manis mengenakan selendang hitam dengan lilitan kemas.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut memberikan kata-kata semangat serta sokongan kepadanya.
“Omg terujanya! Alhamdulillah dan saya ucapkan hanya yang terbaik untuk awak. Yes, awak boleh buat!” kata pelakon Ramona Zamzam.
“Mekwa boleh buat. Go, go,go,” kata pelakon Amyra Rosli.
“Start perlahan-lahan, awak buat boleh Mekwa,” komen seorang wargamaya.
“Semoga terus kekal istiqomah buat Mekwa,” ujar seorang wargamaya.
“Cantiknya! Semoga Mekwa boleh lakukan dan kekal berhijab,” puji seorang wargamaya lagi.
Untuk rekod, Mawar dan suaminya Raden Ahmad Faizal Yaakob mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017.
Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki Raden Mohammed Rafael yang kini berusia satu tahun.
Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.
Topic Berkaitan
#Ramadan
#Mawar Rashid
#Fesyen hijab
Must-Watch Video