HIBURAN

Petah Bertutur Dalam English, Anak Azad & Eira Syazira Curi Perhatian Netizen

Zulaikha Yusof 23/11/2018 | 11:01 MYT
Rakaman vidoe anak kepada selebriti popular, Azad Jasmin dan Eira Syazira iaitu Ammara Sofea Rose mendapat perhatian netizen.

Video yang dimuat naik ke akaun Instagram (IG) milik Eira itu menunjukkan cara-cara membuat slime.

Menerusi video tersebut, Ammara kelihatan petah bercakap serta selesa berinteraksi dengan kamera.

Sementara di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kepetahan Ammara bertutur dalam bahasa Inggeris.







Azad dan Eira berkahwin pada tahun 2012 serta dikurniakan tiga cahaya mata, Amarra Sofea Rose, Ameisya Leanne Rose dan Areisya Suri Rose.
#Eira Syazira #Azad