Skip to main content

Budaya Popular

PKPB Dah Bermula, Tapi Apa SOP Sebenar? Ini Perkara Penting Anda Perlu Tahu!

4d3a1e91-09e3-4d96-bb2a-0a41c00b8169.jpeg

Bermula hari ini, penduduk sekitar Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu bakal menjalani perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) sehingga 6 Disember.

PKPB di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Sabah juga dilanjutkan 28 hari lagi selepas tarikh ia sepatutnya tamat pada 9 Nov.

Advertisement

Tempoh empat minggu yang ditetapkan kerajaan itu pastinya perlu dipatuhi bagi memutuskan rangkaian COVID-19.

Namun, bagi anda yang tertanya atau masih keliru dengan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi, berikut merupakan senarainya.
 

Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan

Penganjuran majlis keramaian

  • Majlis perkahwinan dan pertunangan
  • Majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan dan swasta
  • Sambutan ulang tahun atau hari kelahiran
  • Kenduri kendara, majlis akikah, doa selamat, tahlil dan reunion.
  • Semua seminar, bengkel, persidangan, latihan.
  • Aktiviti konsert/acara langsung dengan kehadiran penonton
  • Aktiviti kelab malam, pub, taman tema, indoor playground, panggung wayang.


Sukan

  • Aktiviti sukan seperti kolam renang, bersentuhan fizikal atau sukan tempur.
  • Penganjuran kejohanan
  • Berkelah
  • Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton.

 

Pendidikan

  • Sektor pendidikan seperti institusi pengajian tinggi awam (IPTA), swasta, Institut Latihan Perindustrian (ILP), sekolah, tadika, Pusat Tahfiz, Pusat jagaan kanak-kanak dan sekolah pondok ditutup.
    • Pengecualian: Pelajar sekolah, IPTA, IPTS yang mengambil ujian atau peperiksaan dengan institusi luar negara dibenarkan untuk hadir menduduki peperiksaan sahaja dan bukan untuk sesi pembelajaran.
  • Mesyuarat bersemukaa agenssii kerajaan dan swasta melibatkan kahdiran wakil agensi luar tidak dibenarkan dan dilaksanakan secara sidang video sahaja.
    • Pengecualian: Mesyuarat secara bersemuka melibatkan espatriat C Suite dengan penjarakan fizikal dan memakai pelitup mata. 
    • Mesyuarat dalaman arahan JPA dan garis panduan MITI

 

Aktiviti Pelancongan

  • Aktiviti pelancongan ke luar kawasan PKPB dan ke dalam kawasan PKPB tidak dibenarkan.
  • Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan dalam negeri melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia kecuali pelancong asing daripada negara sebagaimana dinyatakan oleh Menteri.
  • Untuk maklumat penuh mengenai senarai SOP PKPB anda boleh lihatnya di bawah.
 

Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Kawalan Pergerakan!

  • Hanya dua orang dibenarkan untuk keluar sebagai wakil daripada satu isi rumah bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan/keperluan asas harian
  • Mana-mana individu yang berasal dari kawasan PKPB dibenarkan untuk pulang ke kawasan tersebut perlu mendapatkan kebenaran daripada PDRM.
  • Perkhidmatan awam seperti bas henti, bas ekspress, LRT/RT/ERL/Monorel dan teksi/eh-hailing dibenarkan beroperasi.
  • Teksi/E-hailing/penghantaran makanan hanya dua orang penumpag saja. Waktu operasi 6 pagi hingga 12 pagi.
     

Waktu Perniagaan

  • Perniagaan dibenarkan beroperasi antara 6 pagi hingga 10 malam.
  • Bagaimanapun, ada beberapa pengecualian, seperti berikut:
  • Pasar pagi: 6 pagi hingga 2 petang
  • Pasar borong: 4 pagi hingga 2 petang
  • Pasar tani: 6 pagi hingga 12 tengah hari
  • Pasar malam: 4 petang hingga 10 malam
  • Stesen minyak: 6 pagi hingga 10 malam (Stesen minyak di sepanjang lebuh raya dibenarkan beroperasi 24 jam)
  • Farmasi: 8 pagi hingga 11 malam.
  • Klinik dan hospital: 24 jam

Surat kebenaran polis

  • Bagi pergerakan melalui kawasan PKPB
  • Kes kecemasan atau kemalangan tidak perlu
  • Temu janji perubatan : hanya surat/kad temujanji

Perlu diingatkan jika anda melanggar Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 dan boleh dikenakan denda RM1,000, penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

Lebih buruk lagi, jika anda menghalang penjawat awam yang melaksanakan PKPB, anda boleh dikenakan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai SOP PKPB anda boleh lihat infografik di bawah:




Sumber: Majlis Keselamatan Negara
Gambar: Astro Awani

 

 

 

 

 

 

 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video