HIBURAN
Positif Hamil, Adakah Daniel Hakim Akan Bertanggungjawab Dengan Kandungan Intan Raihana?
Tidak cukup dengan masalah yang menimpa, Intan Raihana kini positif hamil. Percayakah Daniel Hakim dengan berita gembira ini?
Intan Raihana tertekan sehinggakan mempunyai niat untuk menggugurkan kandungannya kerana perasaan benci terhadap Daniel Hakim.
Tidak cukup dengan itu, Fariza digesa ibunya untuk mempercepatkan pertunangan dan berkahwin dengan Daniel Hakim supaya boleh menghasut untuk menceraikan Intan Raihana.
Gara-gara Intan Raihana muntah ketika bertemu Daniel Hakim, terbongkar sudah mengenai kandungannya.
Daniel Hakim naik berang serta tidak ingin mengaku yang anak dalam kandungan Intan Raihana adalah anaknya. Alaa kesiannya ..
Apa lagi yang akan terjadi selepas ini? Adakah Daniel Hakim akan terus menerus membalas dendam tanpa secalit perasaan kasihan terhadap Intan Raihana?
Drama Curi-Curi Cinta ini dibintangi oleh pelakon Aiman Hakim Ridza, Zahirah Macwilson, Fauziah Nawi, Talha Harith, Uyaina Arshad. Adam Lee dan ramai lagi.
Untuk mengetahui apa yang bakal terjadi, jangan lupa untuk terus menyaksikan drama Curi-Curi Cinta setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).