HIBURAN
Rai Kejayaan Anak Hafal Al Quran Bersama, Norman & Abby Dipuji Netizen
Foto pelakon Norman Hakim bersama bekas isteri, Abby Abadi dan anak sulung mereka iaitu Mohamed Danish Hakim mendapat perhatian dan pujian netizen.
Norman memuat naik ke akaun Instagram (IG) miliknya itu menunjukkan mereka bersama bagi meraikan kejayaan Danish di Majlis Konvokesyen Huffaz ke-2 Peringkat Negeri Selangor pada Ahad lalu.
Menerusi kapsyen foto tersebut, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon menyatakan ini merupakan kali ketiga anaknya bersama pelajar lain diraikan dalam majlis penganugerahan itu.
Sementara di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Norman dan Abby yang saling bekerjasama mengutamakan anak walaupun sudah tidak bersama lagi.
.jpg)
_1.jpg)
.jpg)
.jpg)
Mereka bercerai pada tahun 2008.
Kini, Norman bahagia bersama pelakon Memey Suhaiza dan Abby pula bersama Muhammad Faizal Zakaria.
Must-Watch Video