Masa untuk Gempak Most Wanted Awards 2024! Ketahui siapa yang menang dan strim LIVE hari ini!
HIBURAN

Raih Kutipan RM13.7 Juta, Pusaka Masih Membara Di Pawagam... Ada Yang Tengok Sampai 7 Kali!

Kamaruddin Razal 06/12/2019 | 09:44 MYT
Filem Pusaka digarap sepenuhnya oleh pasukan penulis Astro Shaw 'writers room' berjaya mencapai kutipan RM13.7 juta dalam tempoh 36 hari dan ia masih ditayangkan di pawagam tanah air.
Filem genre seram, penyiasatan dan aksi ini mendapat respon positif daripada penonton pelbagai lapisan usia dan latar belakang.
Bukan itu sahaja, ramai penonton telah menyaksikan filem ini lebih dari tujuh kali.
Pusaka juga turut hangat diperkatakan di laman media sosial oleh penonton yang berkongsi pengalaman mereka tentang “jump scare” di dalam filem.
Rentetan daripada kejayaan tersebut, Astro terus membawakan karya terbaik pengarah Razaisyam Rashid dengan menampilkan sebuah siri Sembilan yang mula boleh ditonton di Astro Go bermula 6 Disember.
Cara memuat turun aplikasi, muat turun secara percuma aplikasi Astro GO di Apple Store atau App Store dan strim Sembilan di Astro GO.
Pihak penerbit Astro Shaw dengan kerjasama Director’s Think Tank mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura atas sokongan padu yang diberikan kepada Pusaka.
Akan datang, Astro Shaw bakal tampil dengan filem Bahasa Inggeris, The Garden of Evening Mists bermula 16 Januari tahun depan yang menampilkan pelakon-pelakon hebat dari Malaysia, Jepun, Britain dan Taiwan.
#Pusaka #Filem Pusaka