Anak perempuan kepada cef terkenal, Datuk Chef Wan, pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan bakal tampil dengan beg tangan jenama sendiri, ‘SeRina’.
Serina yang juga Pengarah Urusan Simply Delicious Sdn Bhd ini berkongsi mengenai rangkaian perniagaan terbarunya itu di akaun sosial Instagram (IG)nya.
Advertisement
Menerusi ruangan kapsyen Serina memberitahu, menjual beg tangan adalah perkongsiaan perniagaannya yang terkini.
“New Business venture saya akan keluarkan beg tangan jenama "SeRina". Saya nak umumkan tidak lama lagi beg tangan dan ‘clutch’ jenama ‘SeRina’ yang akan berada di pasaran.
“Kualiti premium ‘PU Leather’ dari Turkey. Kita mula dengan beg tangan wanita kemudian ‘clutch’ beg untuk lelaki,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi posting terbaru, Serina turut meminta orang ramai mendoakan perniagaan terbarunya itu.
“Doakan yang terbaik untuk perniagaan terbaru saya ya. Apabila sampai semua stok dari Turki kita akan buat video lagi dan saya akan ‘update’ desain serta harga dengan pelbagai warna yang cantik menawan! Pasti jatuh cinta!,” katanya yang turut mengalu-alukan orang ramai untuk menjadi agen.
Sebelum ini Serina sangat terkenal dengan perniagaan berasaskan makanan seperti kuih raya Serina Simply Cookies, pelbagai jenis jus minuman, char koay teow, tauhu bergedil, karipap pusing, makanan laut sejuk beku dan macam-macam lagi.
Serina juga pernah sepenuh perhatian terhadap bidang perniagaan termasuk menjual pakaian dalam wanita.