HIBURAN

Rakyat Malaysia Belum Bersedia Untuk Berubah, Amalina Bakri Tinggalkan Laman Twitter

Zulaikha Yusof 31/01/2019 | 03:34 MYT
Doktor viral, Dr. Amalina Bakri membuat keputusan meninggalkan media sosial Twitter buat seketika.
Menurut Amalina, dia ingin memberi tumpuan kepada latihan surgikal dan dunia akademiknya.
Amalima menyatakan tujuan dirinya hanya untuk berkongsi pengetahuan serta mewujudkan kesedaran kesihatan kepada orang awam namun masih banyak kebencian serta aura negatif walaupun sudah memasuki tahun 2019.
Tambah Amalina, dia juga melahirkan rasa kecewa kerana berpendapat segelintir rakyat Malaysia masih belum bersedia untuk mengubah ke arah positif dan kemajuan diri.
Oleh sebab itu, Amalina ingin memberi tumpuan kepada dirinya untuk kebaikan diri sendiri.
Di akhir kata, Amalina turut mengucapkan terima kasih kepada netizen yang menghargai bakat dan juga ilmu pengetahuannya.
Rata-rata pengikutnya tidak lupa mengucapkan selamat maju jaya terhadap dirinya serta mengharapkan Amalina akan kembali semula di platform tersebut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#Amalina Bakri #Doktor Viral