Menjawab persoalan terbabit menerusi sebuah 'thread' di laman Twitter, Razaisyam mendedahkan dia gemar dengan peribadi yang ditonjolkan oleh Syafiq sebagai seorang pelakon.
Menerusi filem Pusaka, Syafiq memegang watak sebagai Inspektor Nuar.
Sebagai pengarah #FilemPusaka kenapa awak pilih @iSyafiqKyle ? Soalan yang selalu dapat. Jawapan dia - saya suka capik, sebab dia sorang pelakon yang tak mudah puas. Dia sentiasa mencari kelainan/sisi lain kerja seni dia. #iniadalahthread pic.twitter.com/cTC9pxcpXP
— Razaisyam Rashid (@Razaisyam) October 31, 2019
Capik, masa rehearsal sama2 dengan @aloyparadoks selalu kena bakar. Hari2 dia pergi rehearsal dengan sangat stress
— Razaisyam Rashid (@Razaisyam) October 31, 2019
Capik cerita, sebenarnya tiap kali pergi rehearsal dia akan berlakon depan cermin dulu. Masa rehearsal kita tak buat scene yang nak dishot. Sebab aku tak nak dorang lock acting dorang
— Razaisyam Rashid (@Razaisyam) October 31, 2019
So masa rehearsal sebenarnya kita buat scene yang lagi susah. Contoh, dorang kena berlakon kena serang hantu dalam kelab malam. Tapi guna line yang sama
— Razaisyam Rashid (@Razaisyam) October 31, 2019
Aku tak buat scene dalam skrip masa rehearsal sebab masa kat set nanti, aku nak benda tu real. So dorang tak dapat plan apa2. Dorang tak tahu pun blocking
— Razaisyam Rashid (@Razaisyam) October 31, 2019
Sepanjang rehearsal semua pelakon tak buat scene dorang pun, kita hanya play with range acting. Sejauh mana keupayaan actor tu, then masa shoot nanti, aku akan buat screenplay yang kena dengan performance dorang
— Razaisyam Rashid (@Razaisyam) October 31, 2019
Kebanyakkan scene menjadi, sebab dorang tak tahu apa yang berlaku. So aku dapat capture acting dorang yang lebih real sebab dorang tak plan apa2 pun, dorang just buat je
— Razaisyam Rashid (@Razaisyam) October 31, 2019
Dalam pada itu, Razaisyam turut berterima kasih kepada Aloy Paradoks yang menjadi guru lakonan untuk barisan bintang dalam filem Pusaka.
Thanks to @aloyparadoks yang prepkan aku semua actor ni. Tugas aloy sangat susah, sebab dia kena prep actor dari sudut dalaman, aku tak nak hanya nampak kat luar. So bila kat dalam tu dah kuat, aku boleh play macam mana aku nak, sebab actor dah tak terikat dengan apa2
— Razaisyam Rashid (@Razaisyam) October 31, 2019
Ini lah lelaki yang bernama @aloyparadoks itu. Seorang pelakon juga, kami telah bekerjasama dari tahun 2010 lagi. Persahabatan lebih 10 tahun inilah yang menjadikan inspektor nuar itu begitu. Kerana Aloy benar benar tahu apa yang saya mahukan, masak benar dia dgn peel aku pic.twitter.com/BSZ5RDgrYP
— Razaisyam Rashid (@Razaisyam) October 31, 2019
Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.
Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.
Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!
Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.