Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Ramai Selebriti Putus Tunang Buat Ain Edruce Paranoid

Azwa Rahman 01/08/2019 | 13:23 MYT
Pelakon dan pengacara Ain Edruce akui takut mendengar perkhabaran yang kurang manis mengenai pertunangan selebriti yang terlerai.
Berbicara soal tunang, Ain turut gementar apabila dia sering dihidangkan dengan mitos-mitos negatif mengenai dugaan bertunang.
“Saya risau bila dengar khabar ada rakan selebriti yang putus tunang sampai jadi paranoid nak pilih lokasi mereka bertunang untuk majlis kahwin nanti.
“Tapi saya taklah sampai nak sibuk-sibuk tanya mereka putus tunang ke apa. Saya ambil benda tu sebagai pengajaran.
“Mesti ada sebab kenapa sesuatu ikatan pertunangan tu boleh putus. Ramai yang cakap bertunang ni banyak dugaannya,” jelas Ain kepada Gempak.
Ain ditemui ketika majlis sidang media program terbaru Raja Lawak Junior bertempat di The Love, Matic, Kuala Lumpur pada Rabu.
Tambahnya lagi, dia bersyukur dikurniakan seorang bakal suami yang sangat memahami walaupun sibuk dengan kerjaya masing-masing.
“Alhamdulillah, dia boleh sesuaikan diri dengan pekerjaan saya. Lagipun komitmen kerjaya masing-masing buatkan kami jarang jumpa tetapi masih berhubungan setiap hari.
“Bergaduh kecil tu biasalah tapi ini menjadikan kami lebih matang dalam perhubungan.
Ain Edruce, 27, mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan, Amirul Hafiz, 26, pada 23 Jun lalu dan memilih tarikh 13 Disember 2019 untuk disatukan.
Mengikuti perkembangan terkininya, Ain sedang sibuk bersaing dalam rancangan Muzikal Lawak Superstar bersama kumpulan Titans dan bakal mengacarakan sebuah program pencarian bakat Raja Lawak Junior yang akan bersiaran bermula 10 Ogos ini.
#Selebriti #Pertunangan #Dugaan