Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

“Rasa Gigil Duduk Di Sini” - Kendali Pagi Di Sinar, Angah Raja Lawak Ganti Shuib

Kamaruddin Razal 02/01/2018 | 04:53 MYT
Pelawak dan pengacara Angah Raja Lawak dipilih untuk mengendalikan segmen Pagi Di Sinar bersama Jep dan Rahim Sepahtu.
Angah mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Shuib yang mengundurkan diri pada penghujung November tahun lalu.
Sebelum ini, segmen Pagi Di Sinar dikenali sebagai Sepahtu Sinar.
Berita tersebut diumumkan menerusi laman Instagram Sinar, @sinarfm.
“Allahu Akbar. Terima kasih banyak. Rasa menggigil duduk di sini,” seloroh Angah menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh laman Instagram Sinar.
Shuib mengundur diri daripada stesen radio berkenaan selepas dua tahun berkhidmat.
Menurut Shuib, dia terpaksa membuat keputusan tersebut atas sebab tuntutan kerja dan kekangan masa yang tidak mengizinkan.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Sinar
#Angah Raja Lawak #Sinar #Pagi di Sinar