HIBURAN
Raya Dulu vs Raya Sekarang... Mana Satu Best?
1 Syawal menjelang tiba tidak lama lagi. Pastinya ramai yang sudah tidak sabar untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi meraikan kemenangan sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga.
Tahun silih berganti, tetapi sambutan Hari Raya dulu dan sekarang masih sama meriah.
Sambutan Syawal satu ketika dulu banyak mencipta kenangan manis tetapi banyak bezanya dengan sambutan Syawal sekarang.
Gempak senaraikan beberapa perbezaan Raya Dulu vs Raya Sekarang:
Ucapan Raya: Kad Raya vs WhatsApp
Pastinya mereka yang berada di zaman 80-an, 90-an dan awal 2000 tidak sabar menanti abang posmen datang bertandang menghantar utusan Hari Raya.
Lama kelamaan, teknologi semakin canggih dan ia digantikan dengan SMS dan MMS. Kini, ucapan Hari Raya dikirimkan menerusi ketukan papan kekunci telefon pintar di aplikasi WhatsApp.
Baju Raya: Baju Raya Biasa vs Baju Raya Hipster
Satu ketika dahulu, busana Hari Raya dijahit oleh ibu kita sendiri atau tukang-tukang jahit yang menyediakan persalinan serba tradisional dan menambat hati.
Kini, ia digantikan dengan busana hispter... Ada Baju Melayu yang ketat sendat, ada yang tidak berlengan... Kadang-kadang pakaian hipster ini agak keterlaluan sehingga menghilangkan identiti busana tradisional!
Duit Raya: Duit Syiling vs Minimum RM5... Ada Minta Password Wifi!
Satu ketika dahulu... Tak kisahlah berapa amaun yang diberikan oleh tuan rumah, pastinya kanak-kanak yang datang beraya sudah gembira. Ada yang memberikan duit syiling 50 sen dan RM1... Happy sungguh rasanya.
Kini, ia berbeza. Terkejut juga kadang-kadang bila ada kanak-kanak yang merungut bila dihulurkan wang kertas RM1... Paling minimun, RM5... Malah, ada juga yang tak peduli dengan duit raya... Datang menziarah, password Wi-Fi yang dimintanya!
Ganjaran Puasa Penuh: RM30 vs Gajet
Masih segar diingatan, ramai ibu bapa zaman dahulu memberikan ganjaran kepada anak-anak mereka jika berpuasa penuh. Paling selalu didengari, sehari berpuasa penuh boleh mendapat upah RM1 dan pada Hari Raya nanti, anak-anak menuntut RM30 sebagai ganjaran berpuasa penuh selama sebulan.
Kini, ada anak-anak yang mahukan gajet terbaru sebagai upah jika berpuasa penuh! Wah, bukan main lagi ya! Hehehe...
Saksikan beberapa gelagat Raya Dulu vs Raya Sekarang yang dikongsikan di saluran YouTube Astro Ceria yang dijayakan oleh Tauke Jambu, Wafiy Johan, Fikry Kiki, Erissa Puteri, Aniq Iffat dan Kashika Selvam, kelakar habis!
Dalam pada itu, jangan lupa saksikan telefilem best, Raya Kolumpo pada Hari Raya ke-3, esok (Jumaat, 7 Jun 2019) pada jam 10 pagi hanya di Astro Ceria dan Astro Prima!
Raya Kolumpo menampilkan pelakon hebat seperti Nabil Ahmad, Jalil Hamid, Tauke Jambu, Ropie, Zulin Aziz, Nasz Sally, Armand Ezra, Muzayyin Mahyuddin, Mia Deen. Rania Humaira dan ramai lagi.
Selain itu, sama-sama kita nantikan telefilem khas sempena Hari Raya, Gostan!
Syawal ini, jom bergelak ketawa dengan telefilem Gostan di Astro First Eksklusif saluran 480. Tarikh tayangan bakal diumumkan!
Dibintangi oleh Ajak Shiro, Hisyam Hamid, Hazama, Zalif Sidek, Ropie, Wafiy, Aniq dan ramai lagi, ia diarahkan oleh Nabil Ahmad dan Izuan Mokhtar.
Must-Watch Video