HIBURAN
Rindu Keisha, Tak Sabar Nak Bawa Dia Pergi Holiday! – Nabila Huda
Pelakon utama drama bersiri Dendam Aurora akui tidak sabar untuk membawa anak perempuannya, Keisha Laila, 7, bercuti.
Nabila berkata dia sudah membuat perancangan untuk bercuti di sebuah pantai di luar negara bersama keluarganya.
“Jadual kerja saya untuk tahun ini memang agak padat, Alhamdulillah inilah yang dikatakan rezeki.
“InshaAllah, selepas selesai penggambaran Dendam Aurora yang berbaki dua hari lagi, saya akan bercuti dengan keluarga.
“Rindunya, tak sabar nak luangkan masa dengan Keisha. Lokasinya belum ditetapkan lagi tapi saya memang dah lama rancang nak bawa Keisha bercuti di tempat yang ada pantai.
“Bila dah habis komitmen dengan kerja, barulah saya rasa lega dan bebas untuk enjoy dengan keluarga,” katanya ketika ditemui Astro Gempak.
Dalam perkembangan lain, selepas Dendam Aurora, Nabila muncul dengan filem terbaru Rempit Sampai Langit yang bakal menemui penonton pada 23 November ini.
Selain Nabila, pelakon lain yang terlibat adalah Ajak Shiro, Tauke Jambu dan Cristina Suzanne.
Foto: Instagram @kupu_kupu