HIBURAN

Roy Kim Diarah Pulang Ke Korea, Didakwa Sebar Video Seks Secara Haram

Mya Amri 04/04/2019 | 07:48 MYT
Mengejutkan! Itulah ayat yang dapat disimpulkan buat peminat K-Pop selepas nama penyanyi, Roy Kim didakwa terlibat dengan skandal seks bersama Seungri.
Menurut laporan yang dikeluarkan, pemegang akaun dengan nama Encik Kim di dalam laman sembang Kakaotalk yang melibatkan Jung Joon Young, Seungri dan Choi Jong Hoon itu adalah Roy Kim.
Selain itu, terdapat 23 laman sembang dan 16 individu yang terlibat dengan penyebaran foto dan video seks haram yang melibatkan Joon Young.
“Tujuh daripada mereka telah dikenal pasti dan berkemungkinan akan ada lagi bergantung kepada saksi selepas disoal siasat.
“Sama ada Roy Kim bersalah atau pun tidak, perkara itu akan dapat diketahui selepas dia menjalani proses soal siasat,” jelas wakil polis.
Dalam pada itu, agensi Roy Kim Stone Music Entertainment menjelaskan penyanyi itu akan pulang ke Korea secepat mungkin untuk menjalani proses berkenaan.
“Hello, ini adalah kenyataan rasmi berkaitan dengan penyanyi, Roy Kim.
“Buat masa ini, Roy Kim sedang menyambung pelajarannya di Amerika Syarikat dan cuba mengubah suai jadual belajarnya untuk pulang ke Korea bagi menjalani proses siasatan secepat mungkin. Terima kasih,” ujarnya.
Terdahulu, laman sembang Kakootalk yang melibatkan tiga nama besar itu merupakan ‘tempat’ selebriti berkenaan menyebarkan rakaman video seks secara haram.
Sumber: Soompi
#Artis Korea #Roy Kim #Skandal Seks