HIBURAN

Rugi Tak Tonton! Ini 8 Sebab Mengapa Anda Perlu 'Serang' Pawagam Tengok Filem Wira!

Hanafis Haris 06/12/2019 | 11:25 MYT
Filem Wira yang baru ditayangkan sejak 21 November lalu telah mendapat pujian memberangsangkan termasuklah daripada pengkritik filem.

Ramai diantara mereka memberi rating agak tinggi termasuklah 5 bintang!

Namun, pada mereka yang belum menyaksikan Wira, ini antara yang anda perlu tahu.

#1 Pengarah Sama Hasilkan PASKAL The Movie


Masih tak boleh 'move on' dengan kehabatan filem PASKAL The Movie?

Jangan bimbang, jika anda minat dengan filem tersebut, anda perlulah tonton Wira kerana ia dihasilkan oleh pengarah sama iaitu Adrian Teh!

Siapa tahu= filem ini mungkin ada kaitan dengan PASKAL, jadi anda kenalah tonton.

#2 Bukan Aksi Biasa-Biasa!


Melihat pada reaksi di media sosial, kebanyakan penonton memuji gaya aksi dalam filem ini.

Ramai yang kagum dengan aksi 'fighting' yang ditonjolkan hingga ada yang menganggap Wira setanding filem Hollywood seperti The Raid.

#3 Koreografi Fighting Dihasilkan Oleh Bintang John Wick!


Kesemua koreografi pertarungan yang anda lihat dalam filem Wira dihasilkan oleh tokoh seni bela lagenda Indonesia iaitu Yayan Ruhian.

Jika tidak kenal, dia pernah membintangi filem antarabangsa termasuklah Star Wars : The Force Awakens, The Raid, The Raid 2, Yakuza Apocalypse dan terbaru adalah John Wick Chapther 3. Power kan?

#4 Kemelut Adik Beradik


Filem ini mengangkat elemen kasih sayang antara adik beradik dan dipaparkan menerusi watak Hassan dan Zain Munas.

Jadi, hujung minggu inilah masa sesuai untuk anda mengajak satu keluarga menonton filem Wira!

#5 Fighter Wanita Yang Anda Tidak Akan Jumpa Dalam Filem Lain!


Secara jujurnya belum ada lagi filem tempatan yang memaparkan pertarungan membabitkan wanita.

Jika ada sekali pun mungkin hanya beberapa babak saja, tidak seperti Wira.

#6 Aksi Cemerlang Pelakon Baru


Antara yang diperkatakan oleh netizen ketika ini adalah lakonan cemerlang Fify Azmi yang membawakan watak Zain.

Pertarungan antara Zain dan Vee (Ismi Melinda) pasti buat anda tak senang duduk.

Ada adegan yang sampai terputus.... tontonlah sendiri!

#7 Watak Antagonis Power!


Watak antagonis dalam filem Wira dilakonkan oleh Dain Said sebagai Raja.

Satu perkataan untuk menggambarkan lakonan Dain Said adalah 'Outstanding'.

Lakonannya sangat berkelas dan bukan watak gangster lapuk yang kebiasaannya dipaparkan dalam filem sebelum ini.

#8 Kejutan Akhir Filem...Jangan Balik Awal!


Aura filem ini sangat hebat dan apa yang pasti penonton tidak harus pulang awal.

Sama seperti kebanyakan filem Hollywood, Wira juga ada 'end credit' yang bakal membuatkan anda 'jaw drop'. Ada kejutan di situ!

Anda boleh lihat antara 'hint' di Instagram rasmi Wira di bawah.


Pada yang masih belum menonton Wira, anda boleh saksikan filem berkenaan yang telah pun mula ditayangkan.

Untuk rekod, Wira berkisarkan mengenai kisah seorang bekas tentera yang dahulunya melarikan diri akibat tidak tahan dikawal tetapi kembali ke pangkuan keluarga untuk membela nasib mereka.

Filem yang menaruhkan aksi mempertahankan diri ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Fify Azmi, Hilal Azman, Henley Hii dan Josiah Hogan.

Istimewanya filem ini, ia turut menampilkan pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan Ismi Melinda, manakala pengarah popular, Dain Said juga tampil melakonkan watak antagonis bagi filem ini.

BACA: Power! Filem Wira Raih RM5.2 Juta Dalam Masa 11 Hari Tayangan!

BACA: [REVIEW] Inilah Filem Aksi Yang Sepatutnya Dihasilkan! Wira Buat Ramai Penonton U-Turn?
#Viral #Viral #Wira #PFilem