HIBURAN
"Rupa Dan Bakat Perlu Seiring" - Mister Planet-Nation Malaysia Cari Pelapis Industri Seni
Sabtu lalu bertempat di Auditorium Muzium Negara berlangsung acara Grand Finale Mister Planet-Nation Malaysia 2019. 16 orang peserta akhir dari pelbagai bidang bertanding untuk dinobatkan sebagai Mister Planet-Nation Malaysia 2019 (MPM2019).
Perubahan paling ketara dalam MPM2019 kali ini adalah untuk mencari bakat baru sebagai pelapis dalam industri seni tanah air.
Menurut pihak penganjur, Faslie Subarie, Ketua Pegawai Eksekutif Fastyleasia Holding, mereka mencari pelapis yang mempunyai nilai komersial serta berbakat untuk pergi lebih jauh dalam bidang industri seni.
"Pertadingan seperti ini memberi ruang kepada bakat-bakat baru kerana industri kita masih ada ruang kosong untuk diisi oleh mereka ini. Mungkin bukan hanya di Malaysia, tetapi juga di peringkat luar negara.
"Ini merupakan satu ruang untuk mereka menunjukkan bakat, kami sediakan platform untuk mereka. Platform ini bukan hanya untuk menunjukkan rupa dan fizikal, tetapi juga bakat yang mereka ada," kata Faslie.
Menurut Faslie lagi, apa yang mereka tunjukkan pada acara Grand Finale MPM2019 hanyalah permulaan untuk karier mereka dan dia percaya dengan bakat yang diketengahkan oleh para finalis.
Para finalis menunjukkan bakat masing-masing melalui nyanyian serta lakonan secara monolog.
Peserta termuda Sam Shaffik, 18, dinobatkan sebagai Mister Planet-Nation Malaysia 2019. Naib juara pula disandang oleh Azri Rahim dan tempat ketiga milik Mubin Basiron.
Grand Finale MPM2019 diadili oleh Faslie Subarie dari Fastyleasia, Haji Fadzil Teh dari Zeel Production, Bustamam Mokhtar dari White Studio, Chez Hamdan dari Chez Hair Studio dan Afdal Shahizad yang mewakili Astro Shaw.
Kredit Gambar: Azrul Rafie