Datuk kepada pelawak dan pengacara Ajak Shiro iaitu Tok Seman meninggal dunia pagi tadi.
Berita sedih itu dikongsi sendiri olehnya menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
"Atok saya baru meninggal dunia jam 0730 pagi tadi. Semoga ditempatkan bersama insan yang beriman Tok Seman," tulisnya.
Ajak turut berterima kasih kepada pihak produksi yang memahami dengan situasinya walaupun tidak berkesempatan untuk melihat arwah datuknya.
"Terima kasih pihak produksi dan Astro sebab faham dan lepaskan saya untuk rakaman harini dan bagi saya balik.
"Walaupun saya tak sempat lihat jenazah..Tapi saya berterima kasih kerana anda semua utamakan apa yang patut diutamakan," tulisnya lagi.
Di ruangan komen, rakan artis dan peminat turut meninggalkan ucapan takziah serta bersama-sama berduka.
Gempak ucapkan salam takziah kepada Ajak dan keluarga.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah.