HIBURAN
Sambut Ulang Tahun Ke-36, Priyanka Chopra Ucap Terima Kasih Kepada Rakan & Peminat
Bintang filem terkenal Bollywood, Priyanka Chopra telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-36 pada 18 Julai baru-baru ini.
Ekoran dari itu, pelakon terkenal itu mendedahkan bahawa dirinya rasa amat dihargai oleh rakan-rakan dan peminatnya.
Menerusi sebuah entri di Instagramnya, Priyanka telah memuat naik sebuah video ucapan terima kasih kepada semua individu yang telah memberi ucapan sempena hari jadinya baru-baru ini.
"Anda semua telah menjadi sebahagian besar dalam hidup saya, terima kasih atas segala sokongan dan kasih sayang yang diberikan, saya berasa amat terharu," tulisnya.

Priyanka kini digosipkan bercinta bersama penyanyi terkenal Hollywood, Nick Jonas dan mereka kelihatan sering meluangkan masa bersama.A post shared by Priyanka Chopra (@priyankachopra) on
Teks : Asraf Aided
Sumber : Instagram Priyanka Chopra
Must-Watch Video