HIBURAN
Sambut Ulang Tahun Ke-36, Priyanka Chopra Ucap Terima Kasih Kepada Rakan & Peminat
Bintang filem terkenal Bollywood, Priyanka Chopra telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-36 pada 18 Julai baru-baru ini.
Ekoran dari itu, pelakon terkenal itu mendedahkan bahawa dirinya rasa amat dihargai oleh rakan-rakan dan peminatnya.
Menerusi sebuah entri di Instagramnya, Priyanka telah memuat naik sebuah video ucapan terima kasih kepada semua individu yang telah memberi ucapan sempena hari jadinya baru-baru ini.

"Anda semua telah menjadi sebahagian besar dalam hidup saya, terima kasih atas segala sokongan dan kasih sayang yang diberikan, saya berasa amat terharu," tulisnya.
Teks : Asraf Aided
Sumber : Instagram Priyanka Chopra