HIBURAN
"Sangat Best Berlakon Dengan Nelydia Sebab..." - Fikry Ibrahim
Pelakon popular, Fikry Ibrahim memuji sikap dan disiplin aktres jelita, Nelydia Senrose ketika menjalani penggambaran bersama untuk drama bersiri Encik Imam Ekspres.
Menurut Fikry, ini adalah pertama kali dia berganding dengan Nelydia dan berasa kagum melihat kesungguhan aktres itu.
"Ini adalah pertama kali saya berlakon dengan Nelydia, sangat best berlakon dengannya sebab dia sangat komited.
"Saya kagum dengan sikap dan disiplinnya, walaupun dia agak sibuk menguruskan hal-hal lain, tapi dia mampu menguruskan masa dengan baik," kata Fikry.
Dalam pada itu, Fikry berharap agar Encik Imam Ekspres mendapat sambutan yang positif dari penonton.
"Saya berharap agar Encik Imam Ekspres ini mendapat sambutan yang baik dari penonton kerana ia sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat," katanya kepada Gempak.
Jangan lupa saksikan Encik Imam Ekspres yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Must-Watch Video