HIBURAN
"Sangat Murni Niat Pengguna Instagram Ni Tapi..." - Anzalna Nafi Anak Punyai Akaun Instagram
Aktres jelita, Anzalna Nasir menafikan kewujudan akaun Instagram (IG) yang menggunakan nama anak sulungnya, Mohamad Eidrees.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun IGnya buat tatapan umum.
Menurut Anzalna, dia akan mendaftar akaun IG buat anak kecilnya itu apabila tiba masa yang sesuai.
"Sangat murni niat pengguna IG ini, tapi ini bukan Eidrees punya.
"Nanti bila Mummy senang Mummy buatkan, sekarang saya sengaja buat Mummy busy so dia boleh focus kat saya," tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kebaikan Anzalna yang bersikap tenang dan tidak memarahi individu yang mencipta akaun palsu tersebut.
Anzalna selamat melahirkan cahaya mata pertamanya, Mohamad Eidress pada 31 Mei 2019.
Pemilik nama sebenar Nur Anzalna Md Nasir ini mendirikan rumah tangga bersama suaminya Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta.