HIBURAN
"Saya Dah Tak Mahu Berlakon Walaupun..." - Hail Amir
Penyanyi veteran, Hail Amir mahu menumpukan perhatian dalam bidang nyanyian dan tidak akan kembali dalam bidang lakonan.
Menurut Hail, dia mahu meninggalkan dunia lakonan kerana menganggap ia tidak lagi bersesuaian dengan dirinya.
"Di usia 70 tahun ini, saya tidak mahu lagi berlakon walaupun masih meminati bidang lakonan.
"Saya merasakan ada kekangan dari segi masa dan bidang lakonan sudah tidak bersesuaian dengan saya sekarang.
"Saya telah banyak berlakon ketika usia muda dahulu, kali terakhir lakonan saya adalah pada sekitar tahun 80-an," katanya kepada Gempak.
Sedikit info mengenai Hail, penyanyi kelahiran Pulau Pinang ini mulai aktif di industri hiburan pada tahun 1971.
Antara lagu hit yang pernah dipopularkannya adalah Wajah Kesayangan Hamba, Menanti Hari Esok dan Ku Kejar Bayanganmu.
Untuk bidang lakonannya pula, Hail pernah muncul menerusi filem Jiwa Remaja, Menanti Hari Esok, Dendang Perantau dan banyak lagi.