HIBURAN

"Saya Harap Tiada Nur 3 Selepas Ini..."- Azhan Rani

Zulaikha Yusof 12/04/2019 | 04:09 MYT
Pelakon Azhan Rani berpendapat tidak perlu ada Nur 2 kerana mahu keistimewaan drama Nur yang pertama berkekalan.
Namun akibat permintaan tinggi daripada peminat, maka terhasillah Nur 2.
"Daripada awal lagi kami sebagai para pelakon sudah berbincang tentang impak drama ini.
"Malah saya merupakan antara yang paling lantang menyatakan keraguan apabila wujud perancangan untuk Nur 2.
"Bagi saya tidak perlu ada Nur 2 kerana mahu keistimewaan drama yang sarat dengan mesej ini berkekalan seperti Nur yang pertama.
"Tetapi apabila memikirkan permintaan tinggi dan penghargaan kepada peminat, maka terhasillah Nur 2," katanya kepada Gempak.
Tambah pelakon filem Kalla: Hidup atau Mati ini berharap tidak ada Nur 3 selepas ini.
"Saya sangat berharap agar tiada Nur 3 selepas ini.
"Biarlah ia tinggal sebagai kenangan manis yang boleh dikenang sampai bila-bila. Izinkan kami semua keluar daripada 'kepompong Nur' ini," katanya lagi.
Selain Azhan, drama Nur 2 turut dibintangi oleh Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Noorkhiriah, Eyra Hazali dan ramai lagi.
#Azhan Rani #Nur 2