Skip to main content

Budaya Popular

"Saya Janji Akan Jaga Anak-Anak Hingga Hujung Nyawa" - Nora Kenang Arwah Suami Di Hari Ulang Tahun Perkahwinan Ke-28

norabefunky-collage.jpg

Penyanyi Nora mengenang pemergian arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi pada hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-28 hari ini.

Menurut Nora, dia berjanji akan menjaga anak-anaknya dengan baik sehingga akhir hayat.

Advertisement

"Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-28 untuk Nora dan Johan.

"Abang...Nora janji akan jaga anak-anak kita hingga hujung nyawa, Insha-Allah," tulis Nora menerusi entri di Instagram.

Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian dari para pengikut pelantun lagu Di Persimpangan Dilema ini.
 

 
Menerusi ruangan komen, rata-rata mereka meninggalkan kata-kata semangat dan menyedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Johan.

Terdahulu, Allahyarham Johan telah menghembuskan nafas terakhir pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.

Must-Watch Video