Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

"Saya Memang Rapat Dengan Dia, Tapi... " - Ara Johari Ulas Isu Gambar Mesra Ismail Izzani

Kamaruddin Razal 03/09/2018 | 00:01 MYT
Penyanyi Ara Johari mengakui terkejut apabila mendengar berita mengenai isu foto Ismail Izzani yang seakan berpeluk dengan aktres Zarina Anjoulie tular di laman sosial baru-baru ini.
"Saya terkejut mendengar berita itu. Saya memang rapat dengan dia, tetapi saya tidak mencampuri privasinya, lebih-lebih lagi urusan peribadi.
"Saya ada menghubungi Ismail dan memberikan sokongan serta nasihat kepadanya.
"Apa yang berlaku, sudah pun terjadi, masa tidak boleh diputar kembali.
"Saya berharap Ismail dapat mengharungi ujian ini dengan tabah," kata Ara.
Sebelum ini, Ara pernah digosipkan bersama Ismail namun mereka menjelaskan hubungan yang terjalin hanya sekadar teman rapat sahaja.
Penyanyi lagu Bunga ini ditemui pada majlis pelancaran restoran Teh Tarik Place cawangan kedua milik Cuisine Inspire bertempat di KIP Hotel, Sri Utara Business Park, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Selain Ara, majlis yang diacarakan oleh Haziq Hussni ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Khai Bahar, Shahir Zawawi serta Pengarah Cuisine Inspire, Fahrulrazi Kassim.
Tambah pelantun lagu Warkah Untukmu ini, dia berharap apa yang terjadi dapat dijadikan pengajaran untuk tidak dilakukan di masa yang akan datang.
"Jadikan ini sebagai satu pengajaran yang bernilai dan pastikan ia tidak berulang lagi.
"Buat masa ini, jangan layan semua kata-kata negatif. Saya sarankan agar dia tutup ruangan komen di laman Instagram kerana ia akan mengganggu emosi," katanya lagi.
#Penyanyi #Penyanyi #Ismail Izzani #Ara Johari