HIBURAN

"Saya Nak Semua 'Girl'" - Jimmy Shanley Timang Cahaya Mata Ketiga

Amri Hassan 24/01/2018 | 05:51 MYT
Pengacara Jimmy Shanley mendedahkan dia baru menimang cahaya mata ketiga sebulan lalu.
Kata Jimmy, bayi perempuan kedua yang dilahirkan menerusi perkahwinan keduanya itu dalam keadaan sihat dan diberi nama Lisa Shanley.
"Alhamdulillah anak dan isteri saya sihat dan ini anak kedua saya dengan Mariam.
"Bertambah lagi seorang anak perempuan saya, sebenarnya kalau boleh saya mahukan semua anak perempuan.
"Semoga semuanya berjalan lancar sepanjang tahun ini," katanya kepada Astro Gempak ketika ditemui pada majlis tayangan program 2018 Media Prima di Majestic Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menerusi perkahwinan dengan Mariam Jamilah Abdul Jalil, Jimmy dikurniakan cahaya mata sulung, Hannah Shanley, 3 tahun.
Manakala, Jimmy yang pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini dengan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy pada 2010 memiliki seorang cahaya mata perempuan, Zahrah Rania Shanley, 7 tahun.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @jimmyshanley, @mirulgeneration, Utusan Malaysia