Penyanyi Charis Ow mengakui pernah berdepan detik sukar sepanjang proses penerbitan single ketiganya, Mahal.
Jelas Charis, 28, ketika berdepan waktu-waktu sedemikian dia cenderung untuk berfikir perkara yang buruk hingga hilang rasa yakin.
"Saya takut untuk mengulas mengenai isu ini (depresi) kerana ia perkara yang serius.
"Saya ada kawan-kawan rapat yang berdepan isu ini dan ia tidak mudah untuk keluar daripada belenggu depresi.
"Semua orang boleh cakap perlu buat itu ini tetapi tidak semua tahu betapa sukarnya melawan fikiran sendiri.
"Saya pun pernah berdepan masalah hilang keyakinan diri dan rasa 'down' terutama setiap kali sebelum melancarkan single.
"Harus saya akui, saya akan cenderung untuk berfikir terlalu banyak dan memikirkan perkara yang buruk padahal kita punyai pilihan untuk memikirkan perkara yang boleh menggembirakan diri kita sendiri," katanya kepada Gempak.
Charis ditemui pada majlis pelancaran single dan muzik video lagu ketiganya Mahal di Red Box The Gardens Mall, Kuala Lumpur hari ini.
Menangani perasaan itu jelas Charis, dia perlu melencongkan fokus untuk memikirkan hasil yang menggembirakan berbanding perasaan cemas.
"Apabila lagu keluar saya hanya fokuskan hasilnya berbanding proses yang menakutkan itu.
"Saya juga berharap lagu ini akan membantu orang yang depresi agar lebih mencintai diri sendiri," tambahnya.
Mahal merupakan lagu ciptaan Omar K yang bertujuan meraikan perasaan cinta akan diri sendiri.
Muzik video Mahal juga boleh ditonton di YouTube WebTV Asia Sdn. Bhd. mulai hari ini.