Penyanyi Man Bai meluahkan rasa terkilan terhadap sistem pengurusan Istana Budaya (IB) selepas permohonannya untuk mengadakan konsert pada 23 dan 24 Disember tahun lalu ditolak.
Menurut Man Bai, 52, dia telah menghantar kertas kerja untuk mengadakan persembahan di panggung berprestij itu pada Oktober 2018, namun pihak IB menolak permohonan itu dan memaklumkan kepadanya pada saat akhir.
“Saya rasa kecewa dan terkilan dengan sistem pengurusan IB kerana menolak permohonan saya untuk mengadakan persembahan di situ.
“Pada saat akhir, mereka memaklumkan saya tidak boleh mengadakan persembahan dan mengatakan slot itu telah diberikan kepada Konsert Duo Lagenda : Datuk Jamal Abdillah dan Datuk M Nasir.
“Namun begitu, saya ingin tegaskan, saya tidak marah dan berdendam dengan pihak IB, saya hanya terkilan dengan sistem pengurusan mereka,” ujarnya.
Walau bagaimanapun, Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani kini sedang berada di luar negara dan gagal dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Man Bai berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert 2V Manbai + Rahim Maarof sebentar tadi.
Konsert itu bakal berlangsung pada 6 April 2019 bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, MaTiC Kuala Lumpur.
Kepada anda yang tidak mahu lepaskan peluang menyaksikan konsert ini, pembelian tiket boleh dibuat menerusi www.ilassotickets.com.