HIBURAN
“Sebelum 74.5 Kg, Selepas 69.5 Kg… Apa Yang Berat Lagi Ni?” – Isteri Atu Nekad Kurus Lepas Bersalin
Isteri pelawak Atu Zero, Shafeeqa Johari akui sedang berusaha untuk menurunkan berat badannya selepas bersalin.
Shafeeqa menerusi akaun Instagramnya berkongsi perkembangan terbaru berat badannya sepanjang tempoh bersalin.
Menurut Shafeeqa, dia akan menggantikan beras perang sebagai menu utama dalam pemakanan seharian selepas ini.
“Good luck mummy... DAY 7. Sebelum beranak 74.5... Lepas bersalin 69.5... Apa yang berat lagi ni?????
“Come on.... kita tengok progress beras perang ni ya... Boleh kurus ke tak... Aku akan pastikan dapat pakai baju pengantin,” katanya.
Atu dan Shafeeqa telah berkahwin pada 8 Februari 2016 di kediaman wanita itu di Batu Pahat, Johor.
Mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan, Sumayyah yang kini berusia tiga tahun.
Dalam perkembangan terbaru, Shafeeqa baru sahaja melahirkan cahaya mata kedua mereka pada 20 April lalu.
Foto: Instagram @shafeeqajohari