Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

"Secara Jujurnya Saya Alami Kejatuhan, Tetapi..." - Aliff Syukri

Asraf Aided 01/04/2020 | 08:51 MYT
Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri akui mengalami kejatuhan dalam urusan jual beli perniagaan sejak negara berhadapan kiris COVID-19.
Namun menurut Aliff, perkara itu tidak menghalangnya untuk memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Pada masa yang sama, Aliff juga menganggap detik sukar yang sedang dihadapai itu sebagai takdir yang perlu dilalui.
"Secara jujurnya, saya juga mengalami kejatuhan sale yang mendadak dalam perniagaan dan kerugian, tetapi saya anggap ini sebagai satu takdir yang perlu dilalui.
"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, ini adalah niat saya untuk membahagikan rezeki yang ada tanpa bantuan sesiapa, hasil duit bisnes.
"Saya yakin juga bila saya membantu ini, esok lusa kalau saya dalam kesusahan orang lain akan bantu saya dan mungkin perniagaan saya akan maju kembali, Amin" tulisnya di Instagram.
Dalam entri yang sama, Aliff turut berkongsi video menunjukkan dia dan beberapa orang pekerjanya memberi bantuan kepada kakitangan perubatan di hospital.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Aliff di ruangan komen.
Rata-rata mereka meninggalkan respon positif dengan memuji usaha murni dan keprihatinan usahawan itu.

. . Secara Jujurnya saya juga mengalami kejatuhan sale yang mendadak dalam perniagaan dan kerugian ??tetapi saya menganggap ini sebagai satu takdir yang perlu saya lalui .. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. Ini adalah sebahagian niat saya untuk membahagikan rezeki yang ada tanpa bantuan sesiapa hasil duit bisnes.. Saya yakin juga bila saya membantu ini esok lusa kalau saya dalam kesusahan orang lain akan bantu saya dan mungkin perniagaan saya akan maju kembali amin-amin yarobalalamin . . jika..korang mahu tengok video yang lebih banyak lagi, korang boleh tengok di Youtube Tv Terlajak Laris dan bermula hari ini separuh daripada sumbangan akan saya sumbangkan kepada mereka yang kurang berkemampuan terutamanya dalam covid ini.. (lagu latar agama kedaiman ) .

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Sebagai rakyat Malaysia, mari kita sama-sama bersikap positif dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dari pihak kerajaan untuk menghentikan penularan wabak COVID-19 dengan segera.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan menggunakan sabun selama sekurang-kurangnya 20 saat, pakai topeng muka ketika perlu, gunakan 'sanitizer', amalkan penjarakkan sosial serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Aliff Syukri #COVID-19 #Frontliner