HIBURAN
Selami Kisah Duka Peristiwa Malapetaka Nuklear Chernobyl 1986
Peristiwa malapetaka nuclear Chernobyl yang berlaku di Ukraine pada tahun 1986 benar-benar memberi kesan sehingga peristiwa duka itu dijadikan drama TV.
Diinspirasi daripada kisah benar, drama yang diarahkan oleh Johan Renck dan ditulis oleh Craig Mazin ini dilakonkan oleh barisan pelakon handal seperti Jared Harris, Stellan Skarsgård and Emily Watson.
Chernobyl mengisahkan kehidupan selepas bencana nuklear yang dialami oleh penduduk di kawasan sekitar.
Dengan hampir 19 pencalonan yang diterima oleh Emmy Awards ke-71 yang diadakan kelak, drama TV ini turut menerima beberapa pencalonan utama iaitu Outstanding Limited Series serta anugerah lakonan.
Tonton Emmy Awards yang akan bersiaran pada 23 September jam 8 pagi di FOXlife saluran 711 dan 722 (HD) dan saksikan senarai pencalonan Emmys di On Demand melalui PVR box bersambung atau Astro GO.
Anda juga boleh menyaksikan drama Chernobyl melalui aplikasi HBO GO secara percuma untuk pelanggan Astro Movie Pack.
Must-Watch Video