Gempak logo
Breaking news banner
Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Selepas KWSP, 2 Pemuda Ini Menari Depan Hospital Sungai Buloh Pula! Apa Hal?

article-author-avatar
Hanafis Haris 29/12/2020 | 08:45 MYT
Selepas KWSP, 2 Pemuda Ini Menari Depan Hospital Sungai Buloh Pula! Apa Hal?
Tindakan dua pemuda yang menari di hadapan bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru menarik perhatian ramai.

Difahamkan, tindakan itu dibuat selepas diminta oleh pengikut TikTok mereka berikutan isu KWSP yang membuatkan ramai masih menanti hak masing-masing.

Cabaran tersebut disambut baik oleh kedua-dua lelaki berkenaan sebelum mereka menari di depan bangunan tersebut beberapa hari lalu.

Video tersebut menjadi viral dan sehingga kini ia telah ditonton sebanyak 799,000 kali.

Namun, terbaru dua pemuda tersebut sekali lagi mencuri tumpan netizen apabila memilih Hospital Sungai Buloh sebagai lokasi baru.

Menurut mereka, tarian itu ditujukan khas untuk petugas barisan hadapan yang selama ini bertungkus lumus memastikan keselamatan Malaysia.

“Ini untuk semua frontliner,” katanya menerusi satu posting di Tik Tok.

Video tersebut kini telah ditonton sebanyak 35,000 kali.

Anda boleh lihat beberapa video mereka di bawah.

undefined

#Viral #KWSP #TikTok #EPF