Skip to main content

Budaya Popular

Selepas Putus Dengan Zayn Malik, Gigi Hadid Temui Cinta Baru

gigih_adid.jpg
Biarpun sudah putus cinta pada awal tahun lalu, model antarabangsa terkenal  Gigi Hadid dilaporkan masih menyayangi bekas kekasihnya, penyanyi Zayn Malik tetapi enggan kembali bersama.

Menurut laporan Elle, Gigi kini dikatakan sudah menemui cinta baru yang menjadi pengganti kepada pelantun lagu Dusk Till Down itu.

Individu tersebut adalah model kacak yang juga merupakan bintang realiti televisyen The Bachelorette, Tyler Cameron.

Setelah mengikuti akaun Instagram masing-masing bulan lalu, khabar terkini melaporkan yang Tyler dilihat keluar bersama Gigi di Brooklyn's Soho House pada hujung minggu lalu.
 
Ada saksi yang berkongsi foto Gigi dan Tyler bersama dan mengesahkan lagi khabar terbabit, ada antara rakan Tyler berkongsi foto jejaka itu menyarungkan baju yang sama pada hari terbabit.

Menurut sumber, Gigi dan Tyler mudah untuk mengenali hati budi masing-masing kerana mempunyai latar belakang yang sama iaitu terlibat dalam dunia peragaan.

Sumber: Elle
Kredit foto: US Weekly

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement