Masa untuk Gempak Most Wanted Awards 2024! Ketahui siapa yang menang dan strim LIVE hari ini!
HIBURAN

Selepas 'Sudah Ku Tahu' & 'Meskipun Kau Tahu', Projector Band Kembali Dengan 'Akhirnya Ku Tahu'

Kamaruddin Razal 05/02/2020 | 10:58 MYT
Pernah popular dengan lagu Sudah Ku Tahu, Aisyah dan Meskipun Kau Tahu, kumpulan Projector Band kini tampil dengan single terbaru yang berjudul Akhirnya Ku Tahu.
Single hasil ciptaan Razif dan lirik ditulis oleh Jimie ini mula menjadi perhatian peminat apabila lagu yang dimainkan secara akustik ini mendapat jumlah tontonan di YouTube melebihi satu juta dalam waktu yang singkat sebelum ia dikeluarkan.
Merupakan single kelapan Projector Band, lagu Akhirnya Ku Tahu mengisahkan tentang percintaan yang terputus di tengah jalan setelah wanita yang dicintainya mula berubah sikap dan curang.
Lelaki tersebut cuba untuk melupakan segala kenangan dan berharap selendang yang dihadiahkan bekas kekasihnya itu mampu mengurangkan rasa rindu.
Akhirnya, lelaki tersebut sedar bahawa mencintai tidak seharusnya memiliki.
Akhirnya Ku Tahu terbitan dan edaran MAP Music ini sudah menemui pendengar bermula penghujung Disember ini di semua platform digital muzik.
#Projector Band #Akhirnya Ku Tahu