HIBURAN
"Semoga Dijauhi Daripada Wabak Ini" - Jalani Ujian COVID-19 Kali Kedua, Netizen Doakan Ben Amir Supaya Peroleh Keputusan…
Pelakon Ben Amir bakal menjalani ujian saringan COVID-19 buat kali kedua hari ini bagi memastikan dia benar-benar bebas daripada wabak tersebut.
Perkara itu diumumkan menerusi satu posting di Twitternya hari ini.
"Test COVID-19 buat kali kedua harini, nervous," katanya ringkas sebagai kapsyen.
Posting berkenaan kemudian 'dibanjiri' dengan komen peminatnya yang mendoakan agar pelakon itu sihat tanpa sebarang wabak.
Tidak kurang juga yang meminta Ben untuk berkongsi keputusan berkenaan secepat mungkin.
Untuk rekod, Ben Amir merupakan pelakon utama drama Demi yang menjalani penggambaran di Scotland.2nd covid-19 test today. Nervous.— Ben Amir (@BenAmirr) April 17, 2020
Sekembali ke Malaysia, pengarah drama terbabit, Rahila Ali dan tiga pelakon iaitu Puteri Aishah, Ashraf Muslim dan Puteri Rayyana Rayqa, disahkan positif COVID-19.
Individu lain dalam rombongan yang turut dijangkiti COVID-19 adalah ibu Rayqa dikenali sebagai Syira, penolong pengarah; jurukamera serta kakitangan bahagian pakaian dan solekan.
Mereka kembali ke Malaysia pada 31 Mac lalu.
Must-Watch Video