HIBURAN

"Semoga Tiada Musuh Dalam Selimut" - Doa Mas Idayu Sempena Hari Jadi Ke-50 Tahun

gempak
Amri Hassan
11/01/2019
01:26 MYT
Sponsor Banner
"Semoga Tiada Musuh Dalam Selimut" - Doa Mas Idayu Sempena Hari Jadi Ke-50 Tahun
"Semoga tiada musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan," itu antara doa yang diucapkan Mas Idayu sempena sambutan hari jadinya ke-50 semalam (Khamis).
Kata Mas Idayu, dia turut berharap individu yang sentiasa berada di sampingnya akan selalu ikhlas.
Malah, penyanyi yang popular dengan lagu Senggol Senggolan Cubit Cubitan itu terbuka untuk menerima sesiapa sahaja sebagai sahabatnya.
"Di setiap genapnya 10 hari tahun baru, itulah hari bertambahnya usiaku hari kelahiran ku terima kasih Allah memberi pinjaman nafas ini hingga kini.
"Semoga mereka yang sentiasa di dekatku akan selalu ikhlas sayang padaku, tanpa ada keluh, kesah, dan rasa tidak ikhlas atau terpaksa menyayangi aku....
"Kerana di setiap waktu aku menerima sesiapa saja yang ingin hadir untuk bersahabat, menjadi saudara Islam yang sesungguhnya.
"Semoga di sekeliling hamba tiada musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan!!
"Kerana hamba seorang manusia yang ikhlas menerima sahabat, untuk dijadikan saudara apa adanya ... hamba ikhlas walaupun siapapun menjadi teman hamba," tulisnya menerusi sebuah entri di Instagram.
A post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001) on
Sambutan ulang tahun kelahiran Mas Idayu di sebuah pusat hiburan di ibu kota itu dihadiri teman rapat, peminat setia dan anaknya, Nur Dayini Asyiqah.
Gempak turut merakamkan ucapan selamat hari jadi ke-50 buat Mami Mas Idayu tercinta!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024