HIBURAN
"Semua Tuduhan Yang Dilemparkan Kepada Saya Adalah Tidak Benar .." - Cef Fikree
Cef selebriti dan pengacara Cef Fikree Aznan menidakkan dakwaan dirinya berlaku curang dengan wanita berstatus isteri orang.
Malah, Fikree memohon kerjasama daripada semua pihak untuk menghormati hak peribadinya.
Fikree turut sama memohon doa dan ruang daripada semua pihak supaya kesulitan yang berlaku ini mempunyai jalan penyelesaian.
"Semua tuduhan yang dilemparkan kepada saya adalah tidak benar.
"Mohon kerjasama daripada semua pihak untuk menghormati hak peribadi saya.
"Kami mohon doa daripada semua supaya kesulitan yang berlaku ini dapat jalan penyelesaian yang terbaik demi keluarga yang saya cintai.
"Saya harap semua dapat memberi kami ruang dan masa untuk perbetulkan keadaan ini.
"Sokongan positif daripada semua amatlah diperlukan dan dihargai," tulisnya.
Terdahulu, isu rumah tangga Fikree bersama isterinya, Syarifah Zuriehan Syed Ahmad Kamal mula menjadi bualan netizen selepas mendedahkan mengenai sikap suaminya di laman Instagram miliknya, @zuriehanbenyahya.
Zuriehan mendedahkan Fikree pernah berbalas mesej berunsurkan lucah dengan seorang pengacara televisyen.
Menerusi sebuah entri di Instagram, Zuriehan menyatakan mereka telah berpisah dengan cara baik.
Fikree mula dikenali dengan program masakan Hello Bro Tolong Masak dan dia juga pernah menjadi pengacara untuk rancangan Dapur Panas.
Untuk rekod, Fikree mula berkenalan dengan Zuriehan pada tahun 2006 dan bertunang pada tahun 2014.
Mereka mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015 dan mempunyai seorang anak yang bernama Jayden Malik.