Skip to main content

Budaya Popular

[SENARAI LENGKAP PEMENANG] - Filem One Two Jaga & Drama Bersiri Di Sisi Dominasi Anugerah Skrin 2019

ask-2019-winner-header-(1).jpg

Filem arahan Namron, One Two Jaga berjaya merangkul trofi Filem Terbaik di malam Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019).

Selain itu, filem ini turut memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Dr. Rosdeen Suboh), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Zahiril Adzim) dan Lakon Layar Terbaik (Pitt Hanif, Namron & Mohd Syafiq).

Drama bersiri Di Sisi memenangi lima trofi menerusi kategori Drama Terbaik, Pengarah Terbaik (Wan Afzam Wan Daud), Penyunting Drama Terbaik (Izar Masuri), Lakon TV Terbaik (Amin Masyur) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Ruzaidi Rahman).

Masih mengekalkan kelainan seperti tahun lepas dengan tidak menggunakan pengacara seperti program lain.

12 penyampai anugerah tersebut adalah Zizan Razak dan Nabila Huda, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Siti Sarah dan Shuib, Shaheizy Sam dan Syatila Melvin, Eira Syazira dan Azad Jasmin serta Elly Mazlein dan Shuk Sahar.

ASK 2019 turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian mantap oleh pasangan duo seperti Datuk Jamal Abdillah dan Sissy Imann, Syamel dan Ernie Zakri, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah serta Ayda Jebat dan Santesh.

Tidak ketinggalan pertunjukan silat mata oleh The MADgicians, tarian oleh Zeppo Youngster Crew by Boojae, sketsa komedi oleh Ebby Yus, Issey dan Zizi Kirana serta penampilan Andi Bernadee.

Berikut merupakan senarai keputusan ASK 2019:

1. Drama Terbaik - Di Sisi (Unit Drama TV, Radio Televisyen Malaysia)

Must-Watch Video

Advertisement