Skip to main content

Budaya Popular

Sertai Protes, Desak Orang Ramai Ubah Tabiat Makan…Pelakon Joker Ditahan Polis? Alamak!

jokergg1.jpg
Tidak sampai seminggu dinobatkan sebagai pelakon terbaik Golden Globes 2020, bintang utama filem Joker, Joaquin Phoenix sekali mencuri tumpuan apabila ditahan polis kerana menyertai protes perubahan iklim di Washington, Jumaat lalu.
 
Difahamkan protes tersebut dianjurkan oleh pelakon dan aktivis, Jane Fonda.
 
Menerusi laporan Astro Awani, Phoenix ditahan selepas membuat ucapan kepada penunjuk perasaan yang mendesak orang ramai mengubah tabiat pemakanan.
 
Jelasnya Pheonix, tabiat ini sebagai usaha menyelamatkan bumi daripada kemusnahan lebih teruk.
 
"Industri daging dan tenusu merupakan punca utama kepada perubahan iklim.
 
"Ada sesuatu yang boleh anda lakukan hari ini, sekarang, dan esok iaitu dengan membuat pilihan terhadap apa yang anda makan,” katanya.


 
Dalam pada itu, Phoenix juga mengaku tindakannya menaiki pesawat untuk ke Washington bagi menyertai protes pada Jumaat lalu adalah satu kesalahan.
 
"Namun ia tidak boleh dielakkan. Mari sertai saya dan Jane. Terima kasih banyak untuk peluang ini,” katanya.
 
Terdahulu, Phoenix  dinobatkan sebagai Pelakon Filem Lelaki Terbaik menerusi watak supervillain Joker.
 
BACA: Bawa Watak Depresi & Mental, 'Joker' Diangkat Sebagai Pelakon Terbaik Golden Globes 2020!
 
Sumber: Astro Awani
 

Advertisement

Must-Watch Video