HIBURAN
“She Said Yes…” – Tayang Cincin Berlian, Jenifer Lopez Kini Tunang Alex Rodriguez
Penyanyi terkenal Hollywood, Jennifer Lopez (J Lo) dan bekas pemain besbol, Alex Rodriguez selamat bertunang.
Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh J Lo menerusi entri terbaru diakaun Instagramnya semalam.
J Lo telah memuat naik foto yang merakamkan sebentuk cincin berlian tersarung di jari manisnya beserta kapsyen dengan menggunakan emoticon love.
Alex juga turut berkongsi foto yang sama di akaun Instagramnya dengan kapsyen ringkas “she said yes.”
Dalam pada itu, ruangan komen Instagram pasangan berkenaan dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat mereka.
Foto: Instagram @jlo / @arod / @entertainmenttonight