HIBURAN

“Siapa Dulu Yang Bertemu Jodoh, Tak Ada Masalah” – Hafiz Hamidun

Fiza Kamarudin 07/08/2019 | 07:58 MYT
Komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun, memberitahu belum tiba masanya untuk dia menamatkan zaman bujang

Hafiz juga berharap agar urusan perkahwinan bekas isterinya, Joy Revfa dipermudahkan serta berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

“Alhamdulillah jika dia sudah bertemu jodoh, saya doakan yang terbaik dan semoga jalannya kali ini lebih mudah kerana semua sudah selesai dan ada dokumentasi lengkap.

“Saya pula buat masa sekarang masih belum merancang untuk menamatkan zaman duda, siapa kahwin dulu tak jadi hal,” katanya kepada Gempak.

Ditanya samada dia selesa atau tidak jika ditanya mengenai bekas isteri, Hafiz berkata, dia tidak kisah atau melenting.

“Kami pernah ada sejarah bersama, jadi kalau orang sebut-sebut saya tak kisah pun…Cuma bila orang minta saya ulas mengenai kekasih barunya, saya tidak bolehlah komen.

“Itu adalah jodoh dia, kita doakan yang baik-baik. Satu saya minta jangan laga-lagakan kami berdua,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hafiz lagi, buat masa ini hatinya masih belum dimiliki mana-mana wanita dan lebih selesa berkawan dengan semua orang.

“Belum ada lagi yang berjaya mencuri hati saya, jujur saya memang ada ramai kawan wanita tapi semuanya kawan sahaja,” katanya.

Perkahwinan Hafiz dan Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin hanya bertahan selama 5 bulan sebelum bercerai pada 25 Oktober 2017.

#Kahwin #Hafiz Hamidun #Kahwin #Jodoh