Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Siti Nurhaliza 'Booking' Anak Hanis Zalikha Jadi Menantu

Syafiqah Jalal 06/02/2017 | 11:50 MYT
Penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza dengan bersahaja telah mengaku anak kepada Hanis Zalikha dan Hairul Azreen iaitu Yusuf Iskandar adalah bakal menantunya.
Menerusi akaun Instagram (IG) bayi Yusuf Iskandar itu kelihatan Siti Nurhaliza menurunkan komen seperti "Alolo handsomenya bakal menantu nih!"
anakhaniszalikha1.JPG
Bakal menantu itu sudah tentu merujuk kepada putera sulung Hanis apabila Siti menerusi akaun @ctdk telah menulis komen tersebut di sekeping foto Yusuf yang comel
Dalam foto tersebut Yusuf kelihatan comel tersenyum.
Meskipun dilihat seperti bergurau, namun komen Siti itu menunjukkan dia seolah-olah sudah 'booking' Yusuf untuk jadi menantunya.
Siti juga kelihatan seperti berharap dia akan hamil anak perempuan supaya penyanyi itu dan Hanis boleh berbesan di masa akan datang.
Sama-samalah kita doakan moga Siti dikurniakan zuriatnya sendiri bersama suaminya, Datuk Sri Khalid Mohd Jiwa.
Teks oleh Syafiqah Jalal
#Hanis Zalikha #Hairul Azreen #Siti Nurhaliza #Anak Hanis Zalikha #Yusuf Iskandar