HIBURAN

Skandal Seks: Didakwa Terlibat Dengan Seungri, Choi Jong Hoon Keluar F.T. ISLAND

Mya Amri 14/03/2019 | 15:16 MYT
Ketua kumpulan K-Pop terkenal F.T. ISLAND, Choi Jong Hoon menarik diri daripada kumpulan berkenaan selepas didakwa terlibat dengan skandal seks bersama Seungri.
Jong Hoon juga mengumumkan bahawa dirinya secara rasmi telah bersara dari Industri hiburan.
Berita tersebut diumumkan sendiri oleh Jong Hoon menerusi kenyataan di akaun Instagramnya hari ini.
“Saya menulis mesej ini untuk meminta maaf kepada masyarakat Korea yang mungkin berasa sedih dan marah dengan saya.
“Selepas membaca perbualan di dalam ruangan sembang (Kakaotalk) melibatkan saya seperti yang dilaporkan media, saya berasa sungguh malu dengan perkara itu.
“Hakikat bahawa saya melakukan kenyataan cuai membuatkan saya terfikir tentang kelakuan etika yang salah selama ini.
“Ketika saya membaca komen yang berbaur kritikan dan kemarahan, saya berasa sangat menyesal. Begitu banyak dosa yang dilakukan daripada kehidupan tidak bermoral saya. Saya akan mengenangkan perkara ini sepanjang hayat saya,” tulisnya.
Jong Hoon juga memohon maaf kepada mangsa yang terlibat dengan skandal tersebut.
“Sebagai seorang ketua kepada F.T.ISLAND, saya juga malu dengan diri sendiri dengan tindakan yang dilakukan.
“Kepada PRIMADONNA (fandom) yang telah memberikan sokongan kepada saya hingga sekarang, saya mohon maaf kerana tidak dapat memenuhi ekspetasi seorang ketua seperti mana yang anda mahukan.
“Saya telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan peminat kepada saya. Mulai hari ini, saya mengundur diri daripada kumpulan ini dan bersara dari dunia hiburan.
“Saya akan menghabiskan seluruh hidup saya dengan mengingati masa lalu, semasa saya bertindak sebarangan tanpa rasa menyesal.
“Saya juga akan menjalani proses siasatan dan menerima hukuman yang diberikan tanpa sebarang bantahan. Saya mohon maaf…” tulisnya.
Terdahulu, Jong Hoon terbabit dengan skandal rasuah selain didakwa merakamkan aksi seks wanita tanpa pengetahuan mangsa dan menyebarkannnya secara haram.
BACA: “Karier Saya Berakhir Di Sini…”- Mahu Selamatkan BIGBANG, Seungri Umum Bersara Dari Industri
BACA: Terpalit Kontroversi Pelacuran, YG Entertainment Putuskan Kontrak Eksklusif Dengan Seungri
Sumber: Soompi / Allkpop
#Artis Korea #Choi Jong Hoon #FT ISLAND