Gempak logo
Breaking news banner
Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Soll Ahmadd Ajak Isteri Shahz Jaszle Berlakon

article-author-avatar
Kamaruddin Razal 19/12/2018 | 10:56 MYT
Soll Ahmadd Ajak Isteri Shahz Jaszle Berlakon
Pendatang baru dalam industri muzik, Soll Ahmadd mengajak isteri kepada pelakon Shahz Jaszle, Hanis Husna berlakon dalam muzik video single pertamanya, Watak Kasih.
Soll turut mendapatkan kebenaran Shahz sebelum mengundang Hanis untuk membintangi muzik videonya.
"Hanis merupakan rakan baik saya dan saya sudah lama mengenalinya. Dia seorang cantik dan sangat berbakat. Apabila timbul idea untuk penggambaran muzik video single pertama saya, terus saya teringatkan Hanis dan mahu dia membintanginya.
"Saya bertanya kepada Hanis, adakah dia berminat dan saya juga meminta kebenaran Shahz. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan penggambaran mengambil masa dua hari sahaja di sekitar Kuala Lumpur.
"Muzik video ini menceritakan mengenai seorang lelaki yang sangat obses kepada teman wanitanya. Muzik video ini diarahkan oleh sahabat saya sendiri, Shafiq Noh dan mendapat tajaan produk penjagaan wanita terkemuka, Natalis Herbs & Beauty," kata Soll.
Tambah Soll lagi, dia berharap lagu Watak Kasih dapat diterima ramai pihak.
"Saya menaruh kepercayaan terhadap lagu ciptaan Farouk Roman dan Amylea Azizan ini.
"Saya juga berharap percubaan perdana saya dalam bidang muzik menjadi salam perkenalan yang baik untuk semua penggemar hiburan tanah air, Insya-Allah," katanya lagi.
#Penyanyi #Penyanyi #Soll Ahmadd