HIBURAN
Song Hye Kyo Padam Semua Gambar Bersama Song Joong Ki
Pelakon terkenal Korea, Song Hye Kyo mengambil keputusan untuk memadamkan foto-foto bersama bekas suaminya, Song Joong Ki selepas sah bercerai.
Hye Kyo telah mengemas kini akaun Instagramnya dan memadamkam gambar mereka berdua termasuklah foto perkahwinan.
Foto-foto diakaun Instagram Hye Kyo kini hanya tinggal sebanyak 63 posting sahaja.
Terdahulu Song Joong Ki telah memfailkan penceraian terhadap Song Hye Kyo pada 27 Jun lalu dan berita itu ternyata mengejutkan peminat mereka di seluruh dunia.