Gempak logo
Breaking news banner
Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Sotong Besar & Segar, Tambah Pula 4 Jenis Sambal Padu! Wajib Cuba Jika Ke Kajang!

article-author-avatar
Hanafis Haris 09/07/2020 | 09:18 MYT
Sotong Besar & Segar, Tambah Pula 4 Jenis Sambal Padu! Wajib Cuba Jika Ke Kajang!

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diumum, orang ramai pastinya mengambil kesempatan untuk mencari tempat makan menarik untuk dinikmati bersama keluarga.

Hampir tiga bulan terperap di dalam rumah, ketika inilah masa terbaik untuk memulakan 'food hunting'.

Jika anda seorang yang gemar mencuba lauk sotong serta hidangan yang mempunyai pelbagai sos dan sambal menarik, sebuah restoran di kajang pastinya menepati citarasa anda.

Hidangan utama Restoran Nasi Dulang Daun Pisang adalah lauk sotong bakar.

Namun, kebanyakan pelanggan yang berkunjung turut menikmati hidangan ayam, itik, ikan keli, kembung, talapia, bawal, udang dan kambing.

Terletak di Sungai Ramal Kajang, setiap hidangan dilapik dengan daun pisang.

Setiap set akan disertakan bersama air asam, sambal belacan, sambal penyet dan gulai lemak.

Minuman yang wajib order pula ialah teh ais madu. Padu gila!

Restoran ini dibuka setiap hari bermula 10.30 pagi hingga 4 petang.

Nasihat Gempak, datanglah awal jika takut habis.

Alamat :

Nasi Dulang Daun Pisang/Restoran Almubarakah

Pt 75024 jalan besar sungai ramal dalam, Sungai ramal, Kajang

#Viral #Viral #Kajang #Nasi Dulang