Skip to main content

Budaya Popular

Super Junior Shindong Turun 7 KG Dalam Masa Dua Minggu

shindong-kurus.jpg
Anggota Super Junior, Shindong akui kini berada dalam fasa terakhir untuk menurunkan berat badannya.
 
Menurut Shindong, sekiranya dia gagal untuk menurunkan berat badannya kali ini dia akan mengambil keputusan untuk berputus asa dan melupakan hasratnya itu.
 
“Saya telah membuat keputusan, jika tak berjaya kali ini saya akan mengalah buat selamanya.
 
“Setakat ini berjaya mengurangkan berat sebanyak tujuh Kilogram (KG) dalam masa dua minggu.
 
“Saya tidak mempunyai atau menetapkan berat tertentu yang perlu dicapai tetapi saya merancang untuk melakukan diet yang berkesan.
 
 

#신동해 #우동 #절친 #베프 #슈티

A post shared by 신동 (@earlyboysd) on

Shindong memberitahu perkara itu menerusi program MBC Every1’s Video Star ketika menjadi tetamu jemputan baru-baru ini.
 
Bagaimanapun, Shindong tidak pula mendedahkan kaedah atau plan diet yang diamalkan.

Foto: Instagram @earlyboysd
 
Sumber: Allkpop
 

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement