HIBURAN

"Surat Beranak Dulu Tulis Pakai Tangan, Ada Tulis Pukul Berapa Lahir. Lahir Aku Dah Masuk Universiti" - Happy Birthday Shiera

Badrul Hashim 14/10/2019 | 04:57 MYT
Pelakon, pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired atau lebih mesra disapa Shiera menyambut ulang tahun kelahiran ke-45 tahun hari ini.
Shiera turut berkongsi sebahagian kecil daripada Surat Beranaknya di satu entri di Instagram.
"Ikut calender omputih time ni ku di lahirkan. Time (kalendar) Islam 28 ramadhan. Pukul ada tulis.. Dulu surat beranak pakai tangan.
"Cantikkan tulisan. Dah keluarkan kat ig dulu, tapi time birthday keluarkan lagi. Lahir-lahir aku dah masuk universiti. Sebab hospital nyaaa. Bila besar pandai sangat," tulis Shiera sambil berseloroh.
Shiera yang berkhawin dengan Zulkifli Azahari atau lebih mesra dipanggil Ijoy dan pasangan tersebut dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.
Selamat Hari lahir daripada kami di Gempak buat Shiera! Semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.
#Sharifah Shahirah #Ulang Tahun Kelahiran